Monday 11 January 2016

KEWARAKAN IMAM SYAFIE


Imam Syafie rahimahullah adalah seorang Imam Mujtahid yang dianugerahkan oleh Allah dengan hafalan yang kuat. Suatu hari hafalannya agak kurang memberangsangkan, maka dia bertanya kepada ibunya "Wahai Ibu, apa yang telah engkau masak untuk ku makan?", dijawab oleh ibunya "aku memasak daging lembu untuk makananmu", ditanya lagi kepada ibunya" dari mana dapat duit untuk membeli daging?", dijawab oleh ibunya 'dari upah aku menjahit pakaian", ditanya lagi "di pasar mana ibu membeli daging?", maka dikhabarkan oleh ibunya pasar dia membeli daging. Lalu Imam Syafie rahimahullah pergi ke pasar tersebut dengan melihat cara penyembelihan lembu, Alhamdulillah, semuanya mengikut syarak, lalu ditanya kepada sipenjual daging "dari mana ladang ternakan lembu Tuan?", maka dikhabarkan oleh sipenjual daging. Lalu Imam Syafie rahimahullah pergi melihat sendiri ladang ternakan dan didapatinya ada beberapa ekor lembu yang telah meragut rumput yang bukan milik tuannya. Secara spontan Imam Syafie rahimahullah mengeluarkan dan memuntahkan semua yang dimakan kerana merasakan asbab dari itu menyebabkan kurang hafalannya.

Lihatlah betapa waraknya Ulama terdahulu menjaga makan, adapun kita pada hari ini yang mengaku lebih baik dari Ulama terdahulu tak banyak tanya, semuapun kita telan. Imam Syafie rahimahullah juga terus beristigfar apabila ada kain seorang wanita yang terselak yang menampakkan betis wanita tersebut, adapun kita pada hari, semuapun kita lihat, jauh sangatlah kita yang mengaku hebat dengan ilmu sehingga sanggup nak mempersendakan Ulama-Ulama terdahulu.

No comments:

Post a Comment